Wednesday, 9 November 2011

Lagi tentang Olimpik London 2012: Obor

Obor Olimpik London 2012 dibuat dari aluminium (lapisan dalam dan luar) sebagai bahan utama. Lapisan terluar pula adalah dari aloi aluminium yang direka sebagai 8,000 lingkaran.

Angka ini menunjukkan jumlah pembawa obor yang akan mengarak mengelilingi UK. Obor ini adalah setinggi 800mm dan mempunyai berat hanya 800g.




Obor pada sukan-sukan olimpik sebelum ini: Sydney 2000, Albertville 1992 (Olimpik Musim Sejuk) dan Berlin 1936.

http://www.dsgnwrld.com/
http://www.guardian.co.uk/
http://www.bigpicture.co.uk/

Tuesday, 8 November 2011

Sukan Olimpic 2012 London - bahagian 2

Ada 262 hari lagi menjelang Sukan paling besar di dunia, yang akan dianjurkan oleh Britain. Kebanyakan acara akan berlangsung di London, yang akan menjadi tuan rumah buat kali ke-3 (rekod), selepas 1908 and dan 1948.


http://www.london2012.com/

Sukan Olimpic 2012 London - bahagian 1

Ada 262 hari lagi menjelang Sukan paling besar di dunia, yang akan dianjurkan oleh Britain. Kebanyakan acara akan berlangsung di London, yang akan menjadi tuan rumah buat kali ke-3 (rekod), selepas 1908 and dan 1948.


http://www.london2012.com/

Monday, 7 November 2011

Kemalangan jalan raya terburuk di UK



Kemalangan antaranya melibatkan dua lori dan mengakibatkan 7 kematian bertempat di Somerset (Selatan England).

Keseluruhannya 34 kenderaan terlibat dalam kemalangan pada malam jumaat lalu. Punca utama dipercayai datangnya dari pameran bunga api berdekatan yang dianjurkan Kelab Rugby Taunton.

Selain kematian, 53 orang cedera dan kemalangan mengakibatkan kerosakan jalan sepanjang 60m (197 kaki)


http://www.bbc.co.uk/

http://www.mirror.co.uk/

Lady Gaga di MTV Europe Music Awards di Belfast



http://www.bbc.co.uk/

Saturday, 5 November 2011

Mat Salleh pun buat kesalahan ejaan, inikan pula kita......


Tanda pada jalan ini bukan photoshop, tetapi kesalahan yang dibuat oleh pekerja di balai bomba di West Sussex (selatan England), di mana perkataan "clear" tersalah ejaannya.

Ia bagaimanapun telah diperbetul apabila disedari orang ramai. Malah ia telah menjadi topik hangat di laman Facebook.

http://www.bbc.co.uk/

"Membanggakan" Malaysia?

Lin Mun Poo 

Orang Malaysia sebenarnya tidak kebelakang sebenarnya dari aspek intelektual. Ini adalah salah satu contoh, cuma tidak digunakan untuk tujuan yang baik.

Lin Mun Poo, Rakyat Malaysia dikenakan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan menceroboh US Federal Reserve dan lain-lain bank.

Dia sebelumnya telah mengaku salah menceroboh US central bank dan beberapa institusi kewangan lain dan terlibat dalam kegiatan pencurian 122,000 kad bank dan kad kredit.

http://www.channelnewsasia.com/

Friday, 4 November 2011

Selamat Datang ke Marikh !



Projek Mars500 di Institute of Biomedical Problems (IBMP), Russia adalah experimen bagi misi masa depan untuk ke bulan dan Marikh.

Ia bertujuan untuk mengkaji kemampuan manusia menangani penerbangan yang mengambil masa sangat panjang.

Semasa dalam misi, 6 pengkaji diasingkan dan menjalani kehidupan seperti angkasawan di stesen angkasa antarabangsa (ISS).

Pada 4 Nov 2011 ini, misi akan tamat dimana berakhirnya simulasi selama 520 hari, dan para pengkaji akan mendarat di bumi.









http://www.bbc.co.uk/
http://www.esa.int/
http://en.rian.ru/

Thursday, 3 November 2011

Malaysia pun ada buku panduan seks

Muka belakang buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” 

Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami (Obedient Wives Club), berkuat kuasa serta-merta.

Dua sebab pengharaman, (i) dikeluarkan pertubuhan yang ada hubungan yang jelas dengan al-Arqam. (ii) bercanggah dengan garis panduan penerbitan dikeluarkan oleh JAKIM.

Buku tersebut mengandungi perbincangan mengenai hubungan seks antara suami dan isteri secara terperinci. Namun tiada gambar ekplisit dimuatkan dan ditulis oleh pengasas kelab tersebut berdasarkan pengalamannya.

The book contains no explicit photographs but was written by the club's 56-year-old founder to describe her experiences and opinions on marriage.

http://www.themalaysianinsider.com/ 
http://sg.news.yahoo.com/

Burj Khalifa: Bangunan Tertinggi Dunia


Selain daripada rekod binaan manusia tertinggi di dunia, Burj Khalifa juga memecahkan rekod tingkat tertinggi yang boleh dinaiki, dek pemerhatian tertinggi (tingkat 124), masjid tertinggi (tingkat 158) dan kolam renang tertinggi (tingkat 76).

Nama Burj Khalifa adalah sempena presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan emir Abu Dhabi - Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan.

Semasa pembinaannya, ketinggian sebenar dirahsiakan dan pada ketinggian 828m, Burj Khalifa jauh mengatasi reked sebelum ini iaitu Taipei 101 (508m - bangunan tertinggi) dan KVLY-TV mast (629m - binaan manusia tertinggi).

Fakta Bernombor:

  • 49: Bilangan tingkat untuk pejabat
  • 57: jumlah lif 95: Jarak (km) puncak menara boleh dilihat
  • 504: Ketinggian (meter) maksimum bagi lif utama
  • 900: Ketiggian yang boleh dicapai oleh air pancut di kaki menara (tertinggi di dunia)
  • 1,044: Bilangan kediaman
  • 28,261: Bilangan panel kaca untuk luaran menara





http://news.bbc.co.uk/