Wednesday, 9 November 2011

Lagi tentang Olimpik London 2012: Obor

Obor Olimpik London 2012 dibuat dari aluminium (lapisan dalam dan luar) sebagai bahan utama. Lapisan terluar pula adalah dari aloi aluminium yang direka sebagai 8,000 lingkaran.

Angka ini menunjukkan jumlah pembawa obor yang akan mengarak mengelilingi UK. Obor ini adalah setinggi 800mm dan mempunyai berat hanya 800g.




Obor pada sukan-sukan olimpik sebelum ini: Sydney 2000, Albertville 1992 (Olimpik Musim Sejuk) dan Berlin 1936.

http://www.dsgnwrld.com/
http://www.guardian.co.uk/
http://www.bigpicture.co.uk/

Tuesday, 8 November 2011

Sukan Olimpic 2012 London - bahagian 2

Ada 262 hari lagi menjelang Sukan paling besar di dunia, yang akan dianjurkan oleh Britain. Kebanyakan acara akan berlangsung di London, yang akan menjadi tuan rumah buat kali ke-3 (rekod), selepas 1908 and dan 1948.


http://www.london2012.com/

Sukan Olimpic 2012 London - bahagian 1

Ada 262 hari lagi menjelang Sukan paling besar di dunia, yang akan dianjurkan oleh Britain. Kebanyakan acara akan berlangsung di London, yang akan menjadi tuan rumah buat kali ke-3 (rekod), selepas 1908 and dan 1948.


http://www.london2012.com/

Monday, 7 November 2011

Kemalangan jalan raya terburuk di UK



Kemalangan antaranya melibatkan dua lori dan mengakibatkan 7 kematian bertempat di Somerset (Selatan England).

Keseluruhannya 34 kenderaan terlibat dalam kemalangan pada malam jumaat lalu. Punca utama dipercayai datangnya dari pameran bunga api berdekatan yang dianjurkan Kelab Rugby Taunton.

Selain kematian, 53 orang cedera dan kemalangan mengakibatkan kerosakan jalan sepanjang 60m (197 kaki)


http://www.bbc.co.uk/

http://www.mirror.co.uk/

Lady Gaga di MTV Europe Music Awards di Belfast



http://www.bbc.co.uk/

Saturday, 5 November 2011

Mat Salleh pun buat kesalahan ejaan, inikan pula kita......


Tanda pada jalan ini bukan photoshop, tetapi kesalahan yang dibuat oleh pekerja di balai bomba di West Sussex (selatan England), di mana perkataan "clear" tersalah ejaannya.

Ia bagaimanapun telah diperbetul apabila disedari orang ramai. Malah ia telah menjadi topik hangat di laman Facebook.

http://www.bbc.co.uk/

"Membanggakan" Malaysia?

Lin Mun Poo 

Orang Malaysia sebenarnya tidak kebelakang sebenarnya dari aspek intelektual. Ini adalah salah satu contoh, cuma tidak digunakan untuk tujuan yang baik.

Lin Mun Poo, Rakyat Malaysia dikenakan hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan menceroboh US Federal Reserve dan lain-lain bank.

Dia sebelumnya telah mengaku salah menceroboh US central bank dan beberapa institusi kewangan lain dan terlibat dalam kegiatan pencurian 122,000 kad bank dan kad kredit.

http://www.channelnewsasia.com/